Wednesday 18 January 2017

Ayam Percik (Kelantanese Style)




Ok, the other day kena gelak ngan Orang Kelantan bila aku berbual in their language.  It is understood and yes, that’s the best I can do! They are referring myself as ‘Siam Masuk Melayu’ (Converted Siamese) as they claim that the way I speak is too elusive.  Pedulik apa? Nenek belah bapak aku Siam, Tok belah mak aku pun Siam.. jadi tak salah la kan?  Though aku ni lahir dan membesar kat Johor, aku nak jugak jadik orang Kelantan, Sementelah adik beradik aku semuanya lahir kat sana and speaks Fluent Kelantanese dialect. (Kes tak mau tersisih la ni gak nya.  Hahahaha)  When they knew that I spent my leisure time cooking, they started interrogating my skills and even source out from my siblings if I am as good as my mom! Gila kau! Mana la boleh lawan … kat kampung ni org tak kenal pun aku, tapi kalau sebut jer Mek, kat kepala dorang tak der lain… ‘Cooking Legend’.  Sentap mak sekejap, nangis nangis sambil hempas pintu! Qaedahnya kan? Hahahaha

When my mom amik angin kat rumah kakak aku yang dah almost 2 weeks, aku rasa bosan yang amat.  Tekak pulak dok asyik terliur nak makan percik Kelantan ni.  We don’t have any restaurant that serves this in Mersing.  (At least not that I know of).  Last last gagahkan diri jugak.  Weii.. never underestimate my capabilities hoccay? I might be born in Johor and never lived in Kelantan but let me remind you… I made this with the taste of 99%-like my moms’!

I have simplified the preparation of this recipe … sebabnya tak larat nak membakar ayam guna kaedah konvensional… nanti berjelaga dalam hidung.  Jangan bimbang, aku tak kompromi rasa masakan ni.  

Try it to believe it!




Bahan-bahan:
Seekor ayam (ikut suka nak kerat berapa)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
1 sudu teh garam
(tumbuk bawang, halia dan garam kemudian gaul dan lumurkan pada ayam dan perap beberapa ketika)


Cara-cara nak masak kuah percik:
Kisar semua bahan di bawah
1 kotak santan (atau santan pekat dari satu biji kelapa)
2 – 3 batang serai
Halia sebesar ibu jari
sehiris lengkuas ( nipis jer ye, jangan banyak banyak)
3 biji cili padi
1 cawan air


Tuankan semua bahan kisar ke dalam kuali atau periuk dan tambahkan 2 asam keping, beberapa sudu gula dan garam secukup rasa. 

Didihkan kuah menggunakan api sederhana sehingga  mendidih dan sedikit likat

masukkan ayam yang telah di perap tadi dan gaul atau golek golekkan lebih kurang 10 minit (ini supaya ayam dapat serap rasa kuah percik dan kuah percik pulak dapat sikit jus ayam). Angkat dan atur atas dulang pembakar (iols tak bakar guna api atau arang … malas nak renyah.  Lagi satu percik Kelantan ni sepatutnya kaler dia tak merah, putih jer … tapi dek kerana tak der cili padi, aku gantikan ngan lada kering, tu yang jadi kaler cenggitu).  Lebihan kuah percik dalam kuali tu biarkan dia pekat lagi lebih kurang 5 minit baru angkat

Bakar sehingga ayam masak.  Lebih kurang 25 minit dengan api 250 darjah selsius.  Bila dah masak, siramkan kuah percik dan sedia untuk dinikmati

3 comments:

  1. Of course kakak tak underestimates sebab dah tahu RE memang pakar bab masak-memasak ni:)

    ReplyDelete
  2. sedapnya. baru tengok gambar je dah terliur. gulp...

    ReplyDelete
  3. terbayang ayam percik..teringat nasi kerabu..ahh gabungan yg awesome..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...