Sunday 16 November 2014

Kek Lapis Kukus Biawak Comodore (Nestum & Seri Kaya)

Bila dengar nama lapis ni jer,  mesti ramai yang seram sejuk dan geli geleman nak membuatnya.  Hahaha. Saja kawan-kawan menamakan kek lapis ni macam tu sebab colour dan juga teksturnya. Tapi biawak biawak pun, dua hari dah habis licin!  Termasuk aku sekali yang melahap.  Bila dah makan sekeping, kena kepingan yang kedua, tiga dan lagi dan lagi…  Bila bawak ke Mini 69 Café di Pandan, terus dapat order untuk hari raya.  Perghhhh … dia ingat hari raya macam bulan depan jerk!  Tapi Alhamdulillah, rezeki jangan di tolak kan?

Sebenarnya membuat kek lapis ni adalah dalam "keharusan".. masa hari Raya Puasa dulu, rakan sekolah introduce dengan sorang kakak yang merupakan jiran dia.  Kebetulan masa sambutan ‘The Blue Raya’, Kakak Chomel ni bertandang ke rumah kami.  Bawak pulak buah tangan Kaya (Dia kerja di kilang Zara Foodstuff).  Jadi, dah berbulan kaya tu dalam simpanan.  Sementelah rakan serumah aku ni tak berapa berminat dengan roti and just ‘kaya’, terpaksalah aku mevariasikan kaya yang ada ni sebelum tamat tempoh.  Tak baik kan buang buang rezeki ni.  To honest, bila dah siap korang biar semalaman dulu baru makan.  Rasa biawak komodore ni Lazat!



Bahan-bahan:
500 gm margerin (aku guna jenama Amor yang Chef Wan jadi dutanya)
200 gm gula kastor
12 biji telur (aku guna gred B)
200 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
200 gm kaya pandan
160 gm nestum
1 sudu makan coklat emulco
Pewarna biru dan hijau

Cara-cara
Panaskan air di dalam kukus
Sementara air mendidih, putar margerine dan gula sehingga kembang
Masukkan telur dan pukul satu persatu
Campurkan kaya  dan pukul sebati
Masukkan tepung yang telah di ayakkan bersama baking powder kemudia masukkan nestum dan gaul lagi.
Bahagikan kepada 3 bahagian; 1 dicampurkan dengan pewarna hijau, satu pewarna biru dan 1 chocolate emulco (kalau korang nak gantikan dengan warna lain pun tak per, tak kena bunuhnya dengan aku)
Alaskan loyang kek yang telah disapu dengan sedikit margerine dengan kertas minyak
Setelah air menggelegak, masukkan loyang kek dan taruk sedikit adunan pertama (tak kiralah nak warna apa dulu yang korang suka) dan ratakan.  Kukus selama lebih kurang 7 minit atau sehingga masak
Kemudian tuangkan adunan  yang kedua (pun ikut suka nak masukkan yang mana dulu) dan ratakan….
Ulang melapis sehinggalah adunan habis.  Aku cuma buat 9 lapis saja… kalau korang nak buat lagi banyak lapis atau lagi kurang lapis terpulanglah yer.  Citarasa masing masing .. polis tak tangkapnya kalau korang tak ikut step dalam entry ni ..
Last sekali tu kukus lah lama sikit..
Bila dah masak, kalau boleh biarlah tunggu betul2 sejuk baru di potong…

Untuk rasa yang lebih sedap… biarkan semalaman dulu baru di potong dan di makan



Tapi ingat ye.. makan sikit sikit sudah, jangan macam aku and the gang .. selagi tak tutup mata, lepas satu satu … 


4 comments:

  1. Adoiiii terkejut ai membaca nama kek ni.... Teringin nak buat kek lapis tapi bab nak menunggu dan melapis satu per satu tu yg agak malas sikit.

    ReplyDelete
  2. Salam En Ross...alahai...tang buat kek lapis2 ni saya mmg fail lah. Pernah buat tapi jd bantat/tak masak between layer tu. Nak tanya..loyang tu tutup ngan foil tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Ta,
      tak payah tutup dengan foil. Kalau kukus airnya tak jatuh la .. tapi kalau jatuh pun .. tutup lapisan paling atas sekali. Sebab nanti tak cantik kan? Anyway .. kek lapis ni so far, kalau kukus lama sikit dan kita potong guna pisau bersih, tak payah masuk fridge 7 - 10 hari boleh tahan.

      Delete
  3. saya save resepi kek BIAWAK ni...rupanya sangat hensem..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...