Thursday 4 September 2014

Poh Piah Basah - Vegetable Spring Rolls


While browsing through my photo collection in my lappy, only to find out that I have thousands of food pictures that I took since moving back to JB.  If I uploaded and placed them in the blog, it will not be less than 100 recipes that I can share.  Ya Allah! Banyaknya… dan banyak tu jugaklah rasanya aku melantak non-stop. Now aku tau, that one of my traits or perhaps one of my best attributes is ‘LAZINESS’! Kann?


Bila merengek nak kamera – ToH kasi Lumix LX3, belek-belek laptop – ToH kasi Macbook Air, bila mengeluh storage tak cukup – ToH kasi fridge besar… tapi aku tak manfaatkan sepenuhnya benda-benda ni, silap silap ToH kasi penampor satu baru tau... hehehe!

Well, ever since 3 or 4 years back, my flair in writing or narrating has simmered down.  Tak tau kenapa, perhaps age factor kot? Maybe jugak otak yang aku guna tak sampai 3% bestnya kalau jadi macam Scarlett Johannsen dalam filem Lucy tu.  100% brain capacity .. nak buat apa jer boleh! Dream on Ross – giler ko!


Going back and forth through the photo collection, last last aku decided nak share this Poh Piah recipe... Senang sikit. Tak Banyak kerja... hehe... Aku buat Poh Piah basah ni just ikut kehendak tekak dan juga personal preference of my favourite sayur and fillings.























Bahan-bahan:

Kulit poh piah ready made (malas nak buat sendiri sebab makan sorang jer)
Sengkuang
Timun 

Tauhu
Lobak merah (carrot)
Daun salad
Bawang goreng
Hoisin sauce
Cili sos
1 sudu udang kering
2 sudu kicap cair
1 sudu minyak bijan
2 sudu sos tiram
dan minyak untuk menggoreng


Cara-cara:
Potong tauhu secara memanjang.. nak dadu pun boleh then goreng garing

Kemudian tumiskan sedikit bawang putih yang telah dicincang bersama udang kering, pecahkan sebijik telur, taruk sesudu minyak bijan, dua sudu sos tiram dan dua sudu kicap cair




Masukkan sengkuang yang telah di hiris dan kacau sehingga lembut 

Sapukan hoisin sauce ke atas kulit pohpiah diikuti dengan sos cili

Kemudian isikan sayur-sayuran, tauhu bawang goreng dan sengkuang yang telah dimasak

Gulung dan sedia untuk di hidang

Senangkan? 
Resipi orang malas!

3 comments:

  1. Kalau malas.... dia pergi beli je. Hanya orang rajin je buat sendiri eventho yang nak makan sorang.

    ReplyDelete
  2. boleh jual kat pasar malam tu....bkn main banyak bahan2nya...yg pasar malam tu kdg2 sengkuang dgn taugeh ja isinya...

    ReplyDelete
  3. Assalam Rosdi,
    kita actually cari kulit popia readymade ni dah lama..
    macam mana rupa packagingnya tu?..kalau masuk johor boleh juga kita cari..if you free and kind enough boleh letak gambar packagingnya tak kat sini..
    thank you in advance..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...