Tuesday 29 June 2010

Cek Mek Molek (Aku lah Cek Mek yang Molek tu. Hehe)


Setahu aku, kuih ni asal dari Kelantan – or so I’ve been told, thus the name kan? Bahan-bahan asas dia adalah very simple.. Keledek, tepung gandum dan garam.

Masa aku remaja, aku bukanlah penggemar kuih kuih manis, aku lebih suka dengan kuih kuih pedas macam karipap, popiah, tembosa dan pulut serunding. Kalau dulu, bila mak aku buat aku just pandang sepi jer... adik beradik lain biasanya berebut especially bila baru angkat daripada kuali tu. Dia orang kata, keledek yang hangat hangat dan air gula yang meleleh keluar dari kuih tu rasanya sangat nikmat. Bagi aku .. yelah tu..

Tapi kan, bila seni membuat kuih ni diturunkan pada aku, aku tak der pilihan selain daripada merasa hasil kerja sendiri. So lama kelamaan, feel tu datang sendiri. Entah masa bila aku mula minat kuih ni pun aku tak tau. Hehe.
Tapi proses buat kuih ni agak renyah juga, especially masa nak membentuk, sebab kalau silap bentuk, air gula yang cair boleh meleleh keluar masa goreng dan akan menyebabkan minyak jadi kotor dan kuih tak berapa cantik.





Usaha menggentel dan membentuk yang memerlukan latihan tubi yang padu.. haha






Siap untuk di kerjakan.. jemput merasa semua..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...